Sunday, October 28, 2018

Anak-anak Di Taska Buat Aktiviti Apa Je?

Hari ini, sebagai ibu bapa yang berkerjaya, kepentingan anak-anak juga haruslah dijaga dengan baik terutamanya sewaktu ibu bapa berada di tempat kerja. Anak-anak kecil biasanya akan dihantar ke Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) atau kepada pengasuh atau dipelihara oleh datuk dan nenek mereka selain dijaga oleh ibunya sendiri jika si isteri tidak bekerja. Sejujurnya buat pasangan suami isteri yang bekerja, mereka inginkan sepenuh masa untuk memberi didikan dan asuhan kepada anak-anak agar membesar menjadi anak yang soleh dan solehah yang dapat memberi manfaat kepada bangsa, agama dan negara.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Bagi ibu bapa yang telah menghantar anak-anak ke Taska atau yang masih dilema untuk menghantar anak-anak ke Taska, kami ingin kongsikan bagaimana Taska dapat memberikan asuhan yang terbaik buat anak-anak melalui aktiviti yang dijalankan dan bukanlah hanya sekadar 'membela' dengan memberi makan minum dan menidurkan anak-anak. Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana sekalian. ๐Ÿ˜ƒ

Taska yang terbaik akan menjalankan Kurikulum PERMATA Negara yang telah disusun secara rapi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan dilaksanakan sebaik-baiknya oleh para guru  kepada kanak-kanak berumur 0-4 tahun di Taska. Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti anak di Taska merangkumi 6 bidang perkembangan kanak-kanak.

6 Bidang Perkembangan Kanak-kanak


   1. Bidang Sahsiah, Sosio-emosi dan Kerohanian
    Bidang ini matlamatnya untuk membentuk akhlak dan sahsiah. Taska berusaha untuk nak terapkan dan nak bina keperibadian, konsep berdikari dan kanak-kanak yang boleh kawal emosi. Lihat gambar di atas, anak-anak Taska digalakkan untuk bekerjasama, happy buat aktiviti dan friendship goal gitu..
    Pembelajaran dalam bidang ini juga menekankan aspek perkembangan kerohanian atau spiritualiti. Aspek ini sehaluan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara Malaysia yang meletakkan Kepercayaan kepada Tuhan sebagai rukun yang pertama yang menjadi tunjang kepada kesejahteraan hidup kita sebagai rakyat Malaysia.

    Antara matlamat utama bidang pembelajaran ini adalah untuk:

    • membina rasa selamat, tenteram, yakin diri, self-esteem tinggi dan personaliti baik
    • membina kebolehan mengawal perasaan, tingkah laku dan mematuhi arahan
    • membina hubungan baik dengan orang dewasa dan rakan sebaya
    • menghayati nilai murni
    • memupuk kesedaran dan mensyukuri kebesaran Tuhan
    • membina motvasi belajar
    • mempunyai keyakinan mencuba dan meneroka aktiviti baru
    • boleh bekerja dalam kumpulan
    • boleh memilih bahan dan aktiviti sendiri (membuat keputusan)
    • dan banyak lagi...
   2. Bidang Fizikal
Bidang fizikal ni mesti ramai orang tahu kan. Ada perkembangan psikomotor - motor kasar iaitu otot besar pada badan contohnya gerak lengan ketika bermain baling bola, motor halus iaitu pergerakan kecil guna otot tertumpu contohnya menggenggam botol minuman dengan tangan dan jari dan juga koordinasi mata dan tangan macam dalam gambar ni. Perkara begini juga digalakkan di Taska tau..

Bidang ini menekankan asas pertumbuhan, pembesaran dan kemahiran motor-fizikal kanak-kanak. Perkembangan fizikal ini secara umumnya dipengaruhi oleh dua faktor iaitu biologikal dan asuhan dan juga mengikut corak tertentu iaitu:
    • Daripada mudah ke kompleks
      • contoh: boleh berdiri sebelum berjalan, boleh berjala sebelum melompat dan berjengkit atau berlari
    • Perkembangan mempunyai arah tertentu yang boleh dijangkakan
      • contoh: arah kepala ke kaki, arah tengah ke tepi
    • Menyeluruh kepada tertentu (mass to specific)
Contoh aktiviti untuk menggalakkan kemahiran motor halus: Membuat doh-menggentelnya menjadi bola-bola kecil, memintal menjadi doh yang panjang; Menggunakan penyepit baju untuk mengutip objek kecil; Menguntai manik atau makaroni dan banyak lagi.

Contoh aktiviti untuk menggalakkan kemahiran motor kasar: Berlari ke arah tertentu; Melompat dua kaki, satu kaki; Membaling bola dan banyak lagi


   3. Bidang Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Bidang awal matematik dan pemikiran logik ni untuk lahirkan anak-anak yang celik matematik dan berfikiran logik. Matematik ni bukan tolak tambah macam di sekolah tapi lebih menarik. Matematik ialah satu bidang tentang kuantiti, anggaran, persamaan, perbezaan, perbandingan, susunan, padanan, sukatan, bentuk, corak, ruang, masa, kedudukan, dan perkiraan. Gambar ni anak-anak Taska sedang asingkan bola pom-pom ikut warna, sambil tu kanak-kanak mengenal warna. Menarik kan?

Perkembangan ini bagi kanak-kanak seawal umur satu-dua tahun telah digunakan dalam kebanyakan aktiviti harian dan rutin mereka di Taska. Pemikiran logik pula ialah proses berfikir yang berasakan penaakulan (reasoning) iaitu memberikan sebab atau alasan kepada sesuatu perkara, atau memikirkan kesan atau akibat daripada sesuatu perkara. Contoh: pada hari panas, baju dijemur menjadi kering (baju kering sebab hari panas).

Banyak aktiviti yang dapat galakkan kanak-kanak memperoleh konsep awal matematik ni seperti:
    • memadan apabila mencari pasangan kasut yang hendak dipakai
    • membuat pengasingan (sorting) apabila menyimpan semula mainan mengikut jenis atau meletakkan peralatn makan seperti cawan, pinggan, sudu dan garfu dalam bekasnya selepas makan
    • menganggar kuantiti contohnya lebih banyak, kurang daripada, lebih besar daripada, lebih berat daripada dan sebagainya.


   4. Bidang Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Bidang deria dan pemahaman dunia persekitaran ni untuk bina kemahiran deria kanak-kanak untuk kenal dan faham tentang perkara di sekeliling diorang. Bidang ni termasuklah pemahaman awal sains dan lain-lain. Kanak-kanak banyak terangsang dengan persekitaran. Gambar ni, anak-anak Taska digalakkan untuk meneroka tekstur bahan dalam aktiviti bermain pasir kinetik. Dunia persekitaran ini bermaksud keadaan atau situasi yang terdapat di sekeliling kanak-kanak termasuklah aspek fizikal atau eksternal yang terdiri daripada manusia, haiwan dan tumbuhan dan segala bentuk dan elemen dan kejadian semulajadi yang terdapat di dunia.

Fokus pembelajaran dalam bidang ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

  • Alam Fizikal-sains fizikal seperti bentuk, saiz, corak, pergerkan, alat dan mesin, kereta, traktor, kereta api, blok, magnet, bangunan, dan kejadian alam semula jadi seperti angin, hujan, guruh dan kilat, timbul dan tenggelam, basah dan kering, cahaya dan bayang dan sebagainya. 
  • Alam Hidupan-mengkaji benda hidup, haiwan, tumbuhan dan manusia, termasuk diri sendiri. Bagi bahagian ini, aktiviti biasanya akan dijalankan di luar bilik/Taska supaya memperluas daya pemerhatian dan penerokaan kanak-kanak. 
  • Alam Bahan-pelbagai benda termasuklah makanan, rempah ratus yang digunakan dalam makanan, bahan cucian seperti sabun, batu batan, tanah, pasir, air, udara, bahan kimia yang tidak berbahaya, susu, tepung, gula, kertas, kain dan sebagainya. 
  • Alam Semesta-terdiri daripada bukit, gunung, lautan, sungai, tasik, paya, langit, awan, dan angkasa lepas, juga kejadian semula jadi seperti angin dan hujan, pelangi, matahari, siang dan malam dan sebagainya. 
Taska akan menggunakan pendekatan 3E dengan kanak-kanak dalam dalam aktiviti pembelajaran secara semulajadi suka melalui meneroka (explore) dan mengeksperimen (experiment), dan mengalami (experience) sendiri. Antara aktiviti yang dijalankan di Taska ialah nature walk-berjalan di taman atau di sekitar Taska dan ajukan soalan kepada kanak-kanak seperti 'apa yang kamu boleh dengar?', 'kenapa warna daun pada pokok berbeza-beza?' dan 'bagaimana bunyi burung?'.
   5. Bidang Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

'Bahasa' secara literal, merujuk kepada satu sistem bunyi, perkataan dan bentuk atau struktur ayat untuk berkomunikasi. Komunikasi boleh jadi dalam bentuk lisan atau bukan lisan. Pada perkembangan bahasa, menurut kajian, pertuturan yang menarik dan mudah difahami oleh kanak-kanak terutama di peringkat bayi adalah pertututran yang bernada tinggi dan menggunakan ayat pendek dan perkataan yang berulang-ulang.

Faktor-faktor untuk menggalakkan perkembangana bahasa:
  • Berinteraksi dengan kanak-kanak - Guru berinteraksi dengan kanak-kanak dengan lebih kerap
  • Persekitaran keluarga - Persekitaran keluarga kanak-kanak membesar yang dikelilingi oleh orang pandai maka mereka terbiasa dengan percakapan orang bijaksana serta perbendaharaan kata yang betul dan banyak. Macam si cilik yang viral di media sosial sekarang ni, adik Fatah Anas yang petah bercakap tu๐Ÿ˜  
Perkembangan literasi pula perlu didedahkan sejak kecil melalui persekitaran yang suportif. Kesan daripada pendedahan ini, kanak-kanak sudah boleh mengecam lambang, tulisan dan label di persekitaran, Mereka juga dapat menceritakan semula cerita yang didengar atau dibacakan, pengalaman, dan menulis dalam bentuk contengan atau tulisan menyerupai huruf.

Aktiviti literasi awal yang dijalankan di Taska antaranya ialah memperkenalkan abjad seperti mengenal huruf yang terdapat dalam nama, mengecam huruf dalam tajuk buku dan bermain dengan puzzle huruf. Aktiviti lain pula yang dimulakan ialah aktiviti pratulis iaitu untuk memberi kemahiran jari dan koordinasi mata seperti menguli dan membuat rekaan menggunakan doh untuk menguatkan otot-otot jari tangan, mengoyak kertas untuk mengawal jari-jari dalam pelbagai arah dan menggunting kertas mengikut garisan untuk tumpuan mata mengikut pergerakan.


   6. Bidang Kreativiti dan Estetika
Perkembangan ini perlu difahami secara mendalam supaya kreativiti dilihat sebagai pemangkin kepada kecerdasan dan bakat seseorang kanak-kanak. Kreativiti sebenarnya menjangkau seni kraf mahupun muzik, drama dan pergerakan, tetapi kreativiti merupakan bakat yang tinggi dalam menghasil sesuatu reka cipta mahupun idea dan pengetahuan.

Kreativiti umumnya ialah kebolehan atau keupayaan untuk menncipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk asli. Kreativiti memerlukan daya imaginasi yang tinggi, penerokaan dan kebolehan membina hubungan baru terhadap maklumat lama dan sedia ada.
Estetika pula ilaah penghayatan atau apresiasi terhadap keindahan, kecantikan, keunikan sesuatu benda atau ciptaan.

Jenis-jenis aktiviti lukisan dan kraf untuk kanak-kanak di Taska yang pertama mengecat/mewarna seperti lukisan berus gigi, blow painting, lukisan lipatan dan sebagainya. Kedua, capan seperti capan daun, capan jari, capan span dan sebagainya. Ketiga, kolaj seperti kolaj tisu, kolaj surat khabar, kolaj telur dan sebagainya. Keempat, model seperti bermain dengan doh, bermain dengan plastesin, membuat istana pasir dan sebagainya.

Nyanyian, muzik dan pergerakan kreatif juga didedahkan dalam bidang ini. Matlamatnya begitu banyak antaranya:

  • Mewujudkan imaginasi dan mendedahkan sensitiviti muzik serta kreativiti melalui mendengar muzik dan merasakan aliran irama.
  • Merasa seronok dalam penyertaan dan kepuasan dalam pengalaman muzik yang dikongsi bersama, serta memupuk persahabatan, dengan bermain bersama-sama sambil mendedndangkan lagu.
  • Mempelajari unsur asas dalam pergerakan kreatif supaya boleh mencipta pergerakan kreatif.

Rumusan

Pendekatan dan teknik pembelajaran yang diulas di atas ini ialah Pedagogi PERMATA yang mengambil kira ciri-ciri perkembangan kanak-kanak, perbezaan individu seperti jantina, tingkah laku, minat, cara kanak-kanak belajar, pengalaman hidup, budaya dan keperluan khas kanak-kanak. Banyak lagi info mengenai Taska yang akan kami kongsikan buat anda!๐Ÿ˜‰ 
Kami di Taska Al-Ulum, Kuantan juga turut mempraktikkan kaedah dan aktiviti ini di Taska kami.

Taska Al-Ulum ⬇️

PENDAFTARAN SESI 2019 DIBUKA!
Kami komited membantu anda para ibu bapa yang masih dilema untuk menjaga anak-anak dalam masa yang sama tidak mengabaikan kerjaya suami isteri untuk menanggung perbelanjaan keluarga tanpa perlu mengupah orang gaji untuk mengasuh dan mendidik anak-anak anda. Matlamat kami adalah untuk memberikan asuhan selaras dengan kurikulum asas serta menanam nilai akidah dalam jiwa anak-anak sejak kecil dan akhlak dan adab-adab mulia dalam semua aspek kehidupan.
"Membentuk Anak Yang Soleh"
๐Ÿ TASKA AL-ULUM
Lokasi: Taman LKNP, Bukit Setongkol, Kuantan
Masa: 7am-6pm, Isnin-Jumaat
Yuran: Berbeza mengikut umur anak

 Klik untuk whatsapp kami


Anak-anak Taska belajar dengan cara penerokaan melalui aktiviti luar

Hubungan rapat anak-anak Taska dengan para guru/pengasuh yang terlatih

Sambutan hari lahir bersama rakan-rakan๐Ÿ˜„

Mengguna pakai buku log harian kanak-kanak Taska yang menjadi tuntutan
JKM sebagai penilaian aktiviti anak-anak untuk rujukan para ibu bapa

Bangunan Taska yang dilengkapi dengan CCTV bagi memudahkan
pemantauan bagi mengesan sebarang kes kecuaian - Imej Google


Perkongsian daripada ibu bapa tentang anak mereka di Taska

Follow kami di Facebook